Soalan Lazim
Anda mempunyai soalan tentang program kami? Sila semak soalan-soalan lazim di bawah untuk mendapatkan jawapan yang anda cari.
Berapakah kos untuk menyertai program ini?
MYCorps ialah sebuah program yang ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), oleh itu tiada sebarang yuran yang dikenakan. Mereka yang mendaftar harus menjalani proses pemilihan sebelum dapat melayakkan diri sebagai peserta program MYCorps.
Siapa yang boleh Menyertai Program ini?
MYCorps terbuka untuk disertai oleh semua warganegara Malaysia yang berumur daripada 18 sehingga 30 tahun. Namun terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk memastikan anda dapat menimba sepenuh pengalaman apabila menyertai program ini. Dua kebolehan yang perlu dimiliki oleh calon sukarelawan MyCorps ialah:

  • Anda perlu mempunyai kebolehan memahami dan bertutur secara asas dalam Bahasa Inggeris.
  • Anda perlu memiliki passport yang sah untuk tempoh lebih daripada 6 bulan dan harus bersedia untuk berlepas ke luar negara.
Bagaimanakah proses pemilihan untuk menyertai MYCorps?

Berdasarkan borang permohonan dan video yang diterima, calon yang terpilih akan disenarai pendekkan oleh panel kami ke pusingan saringan yang terakhir. Calon akan dimaklumkan melalui e-mel sama ada mereka layak untuk ke pusingan temu bual. Calon yang terpilih untuk menyertai program MYCorps akan diberitahu melalui e-mel dan media sosial MYCorps.

Adakah saya memerlukan kemahiran yang khusus untuk menjadi sukarelawan di luar negara?
Melalui Program Latihan Khidmat, kami akan melengkapkan anda dengan kemahiran yang diperlukan semasa menjalani Misi. Bagi kami, apa yang lebih penting ialah sejauh mana semangat dan keinginan anda untuk mengembangkan bakat kepimpinan dan komunikasi serta semangat berpasukan anda. Sama ada anda mempunyai keazaman untuk mempertingkatkan diri dan menjadi penyumbang kepada dunia secara positif, dan sama ada anda bersedia menjalani suatu pengembaraan. Namun sekiranya anda mempunyai bakat terpendam, kami mengalu-alukannya! Kongsikan bakat unik anda bersama kami dan kita boleh mencari jalan untuk memanfaatkannya dalam program ini.
Adakah saya memerlukan pasport atau visa untuk menjadi sukarelawan?
Ya. Calon diwajibkan untuk memiliki pasport yang sah untuk tempoh lebih daripada 6 bulan. Namun, jika visa diperlukan, kami akan memaklumkan hal ini kepada anda lebih awal.
Adakah saya perlu bertutur dalam bahasa lain untuk menjadi sukarelawan?
Kebolehan untuk bertutur dalam bahasa tempatan komuniti di lokasi projek kami dijalankan bukanlah satu keperluan. Walaubagaimanapun, anda akan diberi latihan kemahiran asas berkomunikasi sebelum dihantar ke mana-mana negara yang ditetapkan.
Adakah program ini turut menyediakan insurans kesihatan apabila saya berada di luar negara?
Ya, kami akan menyediakan perlindungan kesihatan yang komprehensif untuk semua peserta.
Apakah tahap kesihatan yang perlu saya ada untuk menyertai program ini?
Sesiapa sahaja boleh menyertai program ini, tanpa perlu mencapai tahap tertentu dari segi pengalaman dan kesihatan fizikal. Anda hanya perlu berada dalam keadaan sihat dan anda mungkin perlu menjalani saringan kesihatan sebelum penyertaan anda disahkan. Setelah menjalani sesi program dan latihan kami yang intensif, anda pastinya akan berada di tahap kesihatan fizikal yang lebih baik berbanding sekarang.
Adakah saya memerlukan sebarang vaksinasi sebelum menjadi sukarelawan di luar negara?
Sebarang vaksinasi yang berkaitan akan diberikan.
Adakah saya akan dihantar seorang diri?
Anda akan bertolak ke luar negara bersama-sama dengan Ahli MYCorps yang lain berserta dengan kakitangan MYCorps yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan anda.
Bilakah MYCorps bermula dan apakah tarikh penting yang lain?
Sila periksa laman misi kami untuk melihat paparan tarikh untuk setiap misi.

Ada Soalan Lanjut?

Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami dengan menggunakan borang di bawah.

5 + 5 =

OUR FACEBOOK PAGE

Please follow & like us 🙂

MISSION RELATED

Melanggan Surat Berita Kami