by Adrianna

Kemboja sayang.
Kisah kasih yang sahih.

Pagi yang indah sering disapa oleh intipan pancaran mentari di celah jendela dan oleh mereka yang tidak keruan seakannya seperti tiada haluan dan tujuan, yang sentiasa murah dengan senyuman . Pantasku bangkit dengan senyuman dan juga seribu tujuan.

Seribu tujuan itu, hanya satu buat mereka. Apakah itu ?

Tujuanku untuk mempermudah urusan mereka, jika diizin Tuhan.

Aku percaya, pasti juga kamu pernah dengar , “jika kamu permudahkan urusan orang lain, akan Tuhan permudahkan urusan kamu”.

Santapan pagi aku dahulukan. Bubur ikan 5 kupang. 2 mangkuk. Adakala 3.

Memberus gigi, itu yang kedua. Yang ketiga ?

Jarang sekali aku membersihkan diri di waktu pagi. Jadi tidaklah aku mandi dahulu. Pergikan aku berbakti.

Sering aku berdesing. Tapi kini aku diam. Kau akan tuduh aku plagiat. Aku tepis tuduhan dengan menyatakan ini tanda hormat buat Malique. Inspirasi kepada anak muda yang masih mentah seperti aku untuk bermain dengan kata kata. Tiada pantun, tiada irama dan yang paling pasti, tiada dongeng.

 

Adrianna adalah salah seorang peserta Program MYCorps Kemboja Misi 1. Pengalamannya sebagai sukarelawan MYCorps di Kemboja akan terus dikongsikan melalui platform laman sesawang ini untuk siri-siri penulisan akan datang. Nantikan!

Enjoy this blog? Please spread the word :)