Program Kami
MYCorps ialah suatu pengalaman yang mampu merubah kehidupan anda, direka bentuk untuk membolehkan anda mengenali potensi diri and tujuan kehidupan, dengan menabur khidmat bakti kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia, di samping memantapkan lagi kefahaman anda tentang budaya yang berbeza-beza di serata dunia.
Latihan Khidmat MYCorps merupakan kombinasi sesi latihan yang pantas dan penuh aksi yang bertujuan mempersiapkan anda secara mental and fizikal bagi meninggalkan kesan yang positif dalam masyarakat. Pertama sekali, anda akan berjumpa dengan warga Malaysia berfikiran sealiran dengan anda yang akan menjadi sahabat dan keluarga anda. Mereka akan turut sama menjalani latihan intensif yang akan melengkapkan anda dengan kemahiran, sikap dan pengalaman agar dapat beroperasi pada tahap tertinggi sebagai satu pasukan mahupun ketika bersendirian.

Misi MYCorps

Anda sudah menamatkan Latihan Khidmat? Bagus!

Sekarang anda boleh mengemas bagasi dan bersiap-siap untuk menyertai misi selama tiga bulan ke sebuah negara ASEAN yang telah ditentukan – butiran tentang misi tersebut akan didedahkan kepada peserta yang telah mengesahkan penyertaan. Bersama dengan pasukan anda, badan-badan bukan kerajaan antarabangsa serta komuniti tempatan, anda akan berpeluang menguji kebolehan anda. Pasukan anda akan ditugaskan untuk menyokong inisiatif golongan akar umbi yang dilantik, dan anda perlu menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul bersama mereka. Anda berpeluang menyumbang ke arah perkembangan komuniti dan kemajuan rakyat di sekeliling anda dalam pelbagai bidang seperti kesihatan awam, infrastruktur asas, pendidikan dan pertanian.

Hayati kehidupan bersama masyarakat tempatan dan kenali budaya mereka. Anda akan mula menyedari pelbagai perkara yang baru dan menakjubkan tentang diri anda dan juga orang lain.

Keahlian MYCorps

Setelah tamat program, jadilah seorang ahli MYCorps supaya anda boleh terus menyumbang dengan pelbagai cara untuk membantu persediaan bakal-bakal pelatih serta misi MYCorps pada masa hadapan. Jadilah sebahagian daripada rizab tenaga kerja Malaysia dan berbaktilah kepada negara pada ketika anda diperlukan. Anda juga akan diberikan akses istimewa kepada pelbagai peluang, manfaat dan pengalaman unik yang hanya dibuka kepada ahli MYCorps.

OUR FACEBOOK PAGE

Please follow & like us 🙂

MISSION RELATED